Saturday, January 25, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Lyon digantung kerana kelakuan buruk

    PARIS, 16 DIS – Presiden kelab Lyon, Jean-Michel Aulas telah digantung 10 perlawanan kerana kelakuannya semasa perlawanan terhad menentang Marseille, Liga Perancis (LFP) berkata kelmarin.

    Untuk lima daripada perlawanan itu, Aulas yang agresif, yang memiliki Lyon sejak 1987, dilarang daripada bangku simpanan, bilik persalinan pengadil dan semua majlis rasmi.

    Perlawanan di Lyon pada 21 November, terbengkalai selepas pemain Marseille, Dimitri Payet cedera di kepala oleh botol yang dibaling daripada penonton pada minit kelima.

    Lyon telah pun diarah bermain dua perlawanan secara tertutup dan ditolak satu mata.

    Aulas telah menuntut permai-nan disambung semula, seolah-olah menggunakan kedudukannya dalam Persekutuan Bola Sepak Perancis untuk mengugut pengadil.

    “Malangnya saya adalah sebahagian daripada Jawatankuasa Eksekutif dan ia tidak akan berhenti di situ sahaja,” katanya, menurut laporan pengadil mengenai insiden itu.

    Aulas berkata kenyataan itu ‘diambil di luar konteks’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda