Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Majlis Paralimpik Brunei Darussalam telah menerima jemputan rasmi untuk menyertai persidangan APC dan APC general assembly 2025 pada 11 Ogos sehingga 15 Ogos ini di Kazakhtan anjuran Asian Paralympic Committee.
Sementara itu, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini bagi mengucapkan selamat belayar, Naib Presiden Majlis Paralimpik Negara Brunei Darussalam, Pengiran Zamri Pengiran Haji Bujang dan Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Negara Brunei Darussalam Md Zain Haji Muhammad.
Presiden Majlis Paralimpik Negara Brunei Darussalam, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor ketika ditemui berkata, “penyertaan ini merupakan satu peluang penting untuk memperkukuhkan hubungan strategik serta memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa untuk Majlis Paralimpik Brunei Darussalam”.
“Saya yakin dengan penyertaan ke persidangan ini, kita akan memperolehi manfaat yang sangat besar bagi memajukan Majlis Paralimpik di negara ini,” jelasnya.


