Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Malawi pecat 8 menteri

    BLANTYRE, MALAWI, 1 FEB – Presiden Malawi, Lazarus McCarthy Chakwera semalam memecat lapan menteri ketika rombakan Kabinet pertamanya pada 2023, menurut kenyataan Pejabat Presiden dan Kabinet.

    Chakwera mengurangkan jawatan menteri daripada 30 kepada 25, termasuk timbalan menteri dan melepaskan portfolio menteri untuk dirinya dan timbalannya Saulos Chilima, lapor agensi Anadolu.

    Pemimpin Malawi itu membubarkan seluruh Kabinetnya tahun lalu kerana dakwaan rasuah dalam kalangan menteri.

    Antara yang dipecat ialah Menteri Penerangan, Gospel Kazako; Menteri Kerajaan Tempatan, Blessings Chinsinga; Menteri Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat, Patricia Kaliati dan Setiausaha Agung Parti Kongres, Malawi Eisenhower Mkaka, yang merupakan Menteri Alam Sekitar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda