Friday, December 27, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Maldives adakan lawatan pertama ke India

    MALE, 4 OKT – Presiden Maldives, Mohamed Muizzu, akan mengadakan lawatan negara pertamanya ke India pada Ahad, bertujuan untuk membaiki hubungan dingin antara kedua-dua negara jiran Asia Selatan itu.

    Muizzu menerajui tampuk pentadbiran setahun lalu dengan janji untuk mengusir berpuluh-puluh tentera India yang ditempatkan di kepulauannya yang kecil tetapi terletak di lokasi strategik.

    Kebanyakan pemimpin Asia Selatan dijemput ke New Delhi sejurus selepas mereka memegang jawatan, tetapi ia mengambil masa hampir setahun bagi India untuk menerima lawatan Muizzu.

    India memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan Muizzu Mei lalu untuk menarik balik kontinjen 78 askar yang ditempatkan di Maldives untuk mengendalikan dua helikopter dan sebuah pesawat sayap tetap.

    Bagaimanapun, pesawat itu kekal dan dikendalikan oleh kru warga India.

    “Presiden Muizzu kekal komited untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pertumbuhan Maldives,” kata pejabatnya semasa mengumumkan lawatan ke Delhi.

    Kedua-dua pihak akan memberi tumpuan terhadap pengukuhan kerjasama dua hala dan meningkatkan lagi hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua buah negara,” kata pejabat presiden dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar bertarikh 17 November 2023 menunjukkan Mohamed Muizzu selepas selesai mengangkat sumpah semasa majlis perasmiannya sebagai presiden di Male. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda