Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Maldives pecat 225 lantikan politik

    MALDIVES, 16 OKT – Presiden Maldives memecat lebih 225 lantikan politik, termasuk menteri, dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan negara Lautan Hindi itu yang mengalami krisis kewangan, kata pejabatnya kelmarin.

    Mohamed Muizzu mengarahkan penyingkiran mereka yang dilantiknya selepas berkuatkuasa tahun lalu ketika negara kecil itu berjuang untuk mengelakkan krisis hutang.

    “Pengurangan ketara dalam pelantikan politik ini sejajar dengan usaha presiden yang lebih meluas untuk menyelaraskan operasi kerajaan dan memastikan penggunaan dana awam yang lebih cekap,” kata kenyataan pejabat Muizzu. Antara yang dipecat ialah tujuh menteri negeri, 43 timbalan menteri dan 178 pengarah politik.

    Bagaimanapun, masih belum jelas peranan yang dimainkan oleh mereka di negara kecil yang mempunyai kira-kira setengah juta orang itu.

    Kenyataan itu tidak menyatakan berapa ramai lagi lantikan politik kekal dalam pentadbiran tetapi menambah pengurangan besar-besaran kakitangan akan menyelamatkan negara itu kira-kira AS$370,000 sebulan.

    Maldives berkata September lalu masalah kewangannya adalah sementara dan ia tidak bercadang untuk mendapatkan bantuan Dana Kewangan Antarabangsa walaupun terdapat amaran tentang kemungkinan berlakunya kemungkiran kerajaan. – AFP

    Perdana Menteri India, Narendra Modi (kanan), dan Mohamed Muizzu berjabat tangan sebelum mesyuarat peringkat delegasi mereka di New Delhi, India, pada 7 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda