Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Presiden Mexico bidas cadangan Biden tutup sempadan

    BANDARAYA MEXICO, 30 JAN – Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador membidas cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk menutup sempadan dengan Mexico jika diberi kuasa berbuat demikian.

    “Ia sangat demagogic untuk menutup sempadan,” kata Lopez Obrador pada sidang media yang disiarkan di televisyen kelmarin, lapor agensi Anadolu.

    Baru-baru ini, Biden dilaporkan berkata beliau akan menutup sempadan ‘sekarang’ jika Kongres meluluskan perjanjian sempadan yang dicadangkan.

    Biden berkata dalam permintaan belanjawan tambahan yang dikemukakan kepada Kongres akhir tahun lalu akan memberinya kuasa sebagai presiden untuk menutup sempadan sehingga ia dapat dikawal semula.

    “Jika rang undang-undang itu adalah undang-undang hari ini, saya akan menutup sempadan sekarang dan membetulkannya secepat mungkin,” katanya.

    Pada kempen pemilihan semula 2024, Biden menerima kritikan daripada pesaingnya berhubung dasar imigresen ekoran peningkatan dramatik dalam penghijrahan di sempadan.

    Senat AS masih belum menandatangani perjanjian baharu sempadan.

    Menjelang akhir Disember, lebih 10,000 pendatang dilaporkan melintasi sempadan AS-Mexico setiap hari yang mencetuskan perdebatan antara Demokrat dan Republikan mengenai kawalan sempadan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...