Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Nigeria jumpa Trump

    LAGOS, 29 April – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari akan bertemu Presiden Donald Trump di Washington esok, pemimpin Afrika pertama yang berkunjung ke Rumah Putih semasa pentadbiran Trump.

    Semua tertumpu ke arah Trump selepas pada awalnya dia mengelar negara-negara Afrika sebagai negara ‘teruk’, kenyataan yang mengejutkan sejak penafiannya.

    Hubungan Trump dengan benua tersebut semakin tegang pada Mac lalu apabila mantan setiausaha negara, Rex Tillerson dipecat apabila berada di Nigeria semasa kunjungan pertama ke benua itu.

    Oleh itu, lawatan ini mendedahkan sedikit dasar Afrika Trump.

    Lawatan Buhari berlangsung selepas Trump berjumpa Canselor Jerman, Angela Merkel pada Jumaat lalu dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada minggu lepas untuk membincangkan mengenai perbalahan perjanjian nuklear Iran dan sekatan perdagangan.

    Donald Trump keluar daripada Pesawat Air Force One sejurus tiba di Pangkalan Udara Andrews di Maryland kelmarin. Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari akan berjumpa Presiden Donald Trump di Washington esok bagi membincangkan beberapa isu. – AFP

    Menurut kenyataan Rumah Putih, perbincangan itu akan memfokuskan mengenai memerangi keganasan dan perasaan tidak yakin, pertumbuhan ekonomi dan perkembangan demokratik di Nigeria, yang akan mengadakan pilihan raya presiden pada Februari tahun depan.

    Nigeria akan memasuki tahun kesembilan memerangi ekstremis Boko Haram, yang telah menjejaskan timur laut negara itu dan membunuh lebih 20,000 orang dalam pertumpahan darah bagi menubuhkan wilayah Islam.

    Buhari juga memerangi krisis pengembala, konflik yang kian memuncak yang telah mengorbankan banyak nyawa pada tahun ini.

    “Saya rasa kedua belah pihak mempunyai agenda yang jelas bagi mesyuarat ini iaitu isu keselamatan dan ekonomi. Kedua-dua mempunyai sesuatu untuk dipertingkatkan,” pengarah Pusat Afrika yang berpangkalan di Washington, Majlis Atlantik, J. Peter Pham beritahu kepada AFP.

    “Bagi pihak Presiden Trump, ia akan sudah setentunya meletakkan ke tepi kontroversi tersebut,” kata Pham. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda