NEW DELHI, 10 MEI – Presiden Pakistan Arif Alvi enggan menerima nasihat Perdana Menteri Shehbaz Sharif agar memecat gabenor wilayah Punjab.
Presiden berkata Gabenor Punjab, Omar Sarfraz Cheema tidak boleh disingkirkan tanpa persetujuannya.
“Penyandang gabenor perlu terus kekal untuk memastikan demokrasi yang sihat dan bersih terus diamalkan dalam pentadbiran kerajaan,” menurut kenyataan presiden pada Isnin.
Baru-baru ini anak lelaki Shehbaz, Hamza Shehbaz dipilih sebagai ketua menteri yang baharu. – Bernama