Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Palestin kecam serangan bom di Somalia

    RAMALLAH, Palestin, 22 Feb – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, mengecam pengeboman kereta di sebuah pasar Mogadishu Ahad lepas dan menggambarkannya sebagai satu jenayah.

    Menurut agensi berita rasmi Palestin (WAFA), Abbas mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di Somalia, Mohammad Abdullah Mohammad dan keluarga-keluarga mangsa pengeboman berkenaan.

    Abbas menggambarkan pengeboman itu sebagai satu “perbuatan jenayah, yang menyimpang dari semua agama, kepercayaan, moral dan undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa.”

    Beliau juga mengucapkan kepada seluruh penduduk Somalia untuk menikmati keamanan dan keselamatan dan kesembuhan cepat kepada mangsa-mangsa yang cedera dalam serangan itu.

    Ahad lepas, satu bom kereta meletup di sebuah pasar di ibu negeri Somalia, Mogadishu, mengorbankan 39 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 50 yang lain. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda