Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Palestin lantik Mohammad Mustafa bentuk kerajaan baharu

    RAMALLAH, 15 MAC – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melantik Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri pada kelmarin dan menugaskan beliau untuk membentuk kerajaan baharu.

    Pengumuman itu dibuat berdasarkan dekri presiden, lapor Agensi Anadolu.

    Mustafa akan menggantikan Mohammad Shtayyeh, yang meletak jawatan pada Februari lepas sebagai respons kepada perkembangan berkaitan konflik Israel di Gaza.

    Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Mustafa kini berkhidmat sebagai Pengerusi Dana Pelaburan Palestin (PIF), penasihat ekonomi kanan kepada Abbas dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin. – Bernama

    Mahmoud Abbas (gambar) melantik Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri pada kelmarin dan menugaskan beliau untuk membentuk kerajaan baharu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda