Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Presiden Palestin lawat Israel

    BAITULMAQDIS, 29 DIS – Israel melancarkan pakej ‘langkah membina keyakinan’ untuk Tebing Barat yang dihuni pada hari ini, selepas Menteri Pertahanan Benny Gantz menganjurkan rundingan dengan presiden Palestin, Mahmud Abbas pada lawatan pertamanya dalam beberapa tahun.

    Abbas, mengetuai delegasi berpangkat tinggi dalam lawatan pertamanya ke Israel untuk mesyuarat rasmi sejak 2010, mengadakan rundingan dengan Gantz di rumahnya di pusat bandar, Rosh HaAyin, menurut sumber dan media Israel.

    “Kami telah berbincang mengenai pelaksanaan langkah ekonomi dan penduduk awam, dan menumpukan kepada kepentingan untuk memperketat koordinasi keselamatan dan mencegah keganasan untuk kesejahteraan kedua-dua rakyat Israel dan Palestin,” ujar Gantz selepas mesyuarat petang kelmarin.

    Hari ini, Menteri Pertahanan Israel telah mengumumkan ‘langkah membina keyakinan’ dengan pihak berkuasa Palestin (PA).

    Ini termasuk dengan pembayaran awal AS$32 juta kepada PA dalam kutipan cukai bagi pihaknya oleh Israel, dan meluluskan lebih 600 permit yang membenarkan perniaga Palestin untuk memasuki sempadan ke Israel.

    Ia juga memaklumkan mengenai pentadbiran untuk 6,000 rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat, yang mana telah berada di bawah kawalan Israel sejak peperangan selama enam hari pada tahun 1967.

    Israel telah mengumumkan pada Oktober lalu, untuk pertama kalinya sejak 2009, kawalan pentadbiran untuk 4,000 rakyat Palestin yang tinggal secara besar-besaran di sekitar Tebing Barat telah dikenali sebagai Area C, di mana pihak Israel juga menjalankan kawalan awam dan juga tentera. – AFP

    Presiden Mahmud Abbas bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz di kediaman peribadi Gantz di pinggir bandar Tel Aviv lewat kelmarin. Kedua-duanya membincangkan penyelarasan keselamatan antara Israel dan pihak berkuasa Palestin Abbas, yang mentadbir Tebing Barat. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...