ASUNCION, Paraguay, 2 April – Presiden Paraguay, Horacio Cartes memecat menteri dalam negeri dan pegawai polis berpangkat tinggi semalam, susulan kes pembunuhan pemimpin pemuda pembangkang dan pertempuran ganas, baru-baru ini.
Pertempuran yang dicetus Senat untuk mengumpul undi sulit bertujuan untuk meminda perlembagaan membolehkan pemilihan semula presiden.
Berpuluh-puluh ditahan, termasuk pegawai polis pada Jumaat lalu, dalam tunjuk perasaan yang menyaksikan peserta merempuh barisan pertahanan polis dan merempuh masuk ke tingkat satu badan perundangan Paraguay. Mereka bertindak membakar kertas dan perabot.

Polis terpaksa menggunakan meriam air dan melepaskan tembakan menggunakan peluru getah untuk meleraikan penunjuk perasaan daripada bangunan itu manakala anggota bomba memadamkan kebakaran dari dalam.
Dalam kejadian semalam, Rodrigo Quintana, 25, ditembak dan dibunuh di ibu pejabat Parti Liberal Radikal Asli, lokasi berbeza daripada bangunan kongres yang menjadi salah satu lokasi bantahan.
Polis anti rusuhan menggunakan senapang dan menutup kepala menggunakan topi keledar menyerbu ibu pejabat pembangkang ketika bantahan itu berlaku. – AP