Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden, pegawai kanan kerajaan Ecuador potong gaji

    QUITO, 13 APRIL – Presiden Ecuador Lenin Moreno semalam  mengumumkan beliau serta pegawai kanan kerajaan lain memotong separuh gaji mereka, di tengah-tengah krisis ekonomi dicetuskan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

    Langkah penjimatan itu tertakluk kepada naib presiden dan barisan kabinet, serta anggota Dewan Rakyat, pemimpin daerah dan perbandaran, kata Moreno melalui Twitter.

    “Pandemik melanda Ecuador ketika negara dicengkam krisis ekonomi yang teruk,” kata Moreno dalam ucapannya.

    Moreno memperoleh gaji sebanyak AS$5,635 sebulan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda