Sunday, July 7, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Presiden Perancis lawat New Caledonia yang dilanda rusuhan

    SYDNEY, 23 MEI – Presiden Perancis, Emmanuel Macron tiba di New Caledonia pada hari ini, mengharapkan keamanan dan keselamatan kembali ke kepulauan Pasifik ‘secepat mungkin’ selepas rusuhan maut baru-baru ini.

    “Hasrat saya, bersama-sama dengan menteri dan seluruh kerajaan, adalah untuk berdiri bersama rakyat supaya kita boleh kembali kepada keamanan, ketenangan dan keselamatan secepat mungkin. Ini adalah keutamaan,” kata Macron kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa La Tontouta.

    Presiden Perancis itu mengakui bahawa ramai penduduk tempatan mengalami krisis besar, kerana ada yang sakit dan yang lain mengalami kesukaran untuk memberi makan sendiri.

    “Kami akan membincangkan persoalan pembinaan semula ekonomi, sokongan dan tindak balas pantas, dan persoalan politik yang paling rumit, sambil kita bercakap tentang masa depan New Caledonia,” katanya.

    Beliau dijangka menghabiskan kira-kira 12 jam di lapangan dan menubuhkan pasukan petugas untuk menangani krisis itu.

    Menurut Perbadanan Penyiaran Australia, cadangan reformasi pengundian mencetuskan protes dan rusuhan di New Caledonia, wilayah luar negara Perancis di barat daya Lautan Pasifik, yang telah menyebabkan enam maut dan ratusan cedera sejak 13 Mei. – Xinhua

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron semasa bercakap dengan akhbar sebaik tiba di lapangan terbang Antarabangsa Noumea ñ La Tontouta, di Noumea, New Caledonia, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...