Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Presiden persatuan gesa ahli-ahli berkhidmat secara sukarela

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Ahli-ahli Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam diseru memberi perkhidmatan mereka secara sukarela bagi program Klinik Nasihat Undang-undang yang dikendalikan oleh persatuan berkenaan.

    Selain merupakan satu perkara mulia, perkhidmatan yang disumbangkan secara sukarela itu mampu membantu golongan berpendapatan rendah di negara ini mendapatkan nasihat undang-undang percuma.

    Perkara tersebut merupakan antara inti pati yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Undang-undang Brunei Darussalam, Haji Mansur bin Dato Paduka Dr Haji Latif semasa Upacara Pembukaan Tahun Undang-undang yang telah berlangsung di Mahkamah Besar, pagi tadi.

    Haji Mansur turut mengongsikan bahawa bagi tahun 2022, sebanyak 53 kes telah dikendalikan dalam program Klinik Nasihat Undang-undang berkenaan.

    Sehubungan itu, beliau turut mengambil kesempatan bagi mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ketua Bantuan Guaman, Navrita Kaur serta ahli-ahli persatuan berkenaan yang terlibat secara sukarela dalam memberikan perkhidmatan probono tersebut.

    Haji Mansur semasa Upacara Pembukaan Tahun Undang-undang yang berlangsung di Mahkamah Besar, kelmarin. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

    Terdahulu, Haji Mansur dalam ucapannya mengongsikan bahawa persatuan berkenaan pada tahun ini akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Undang-undang Singapura untuk menjalankan kursus Train the Trainers serta mengalu-alukan pegawai-pegawai kehakiman dan timbalan pendakwa raya-pendakwa raya kanan untuk menyertai program tersebut.

    “Dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman, persatuan ini berhasrat untuk mewujudkan kumpulan jurulatih mahir supaya kita boleh menganjurkan kursus advokasi masa depan untuk peguam muda kita, secara bebas dan mampan.

    “Kami akan terus menjemput jurulatih luar negara kerana pengalaman dan pengetahuan mereka dalam advokasi adalah tidak ternilai,” tambahnya.

    Dalam ucapannya lagi, Haji Mansur turut menyentuh mengenai kepentingan pengantaraan dalam meleraikan sesebuah konflik.

    “Advokasi adalah kemahiran penting. Ia berjalan seiring dengan litigasi, tetapi ia tidak lagi dilihat sebagai satu-satunya jawapan untuk menyelesaikan pertikaian. Sepanjang dekad yang lalu, kita telah melihat bahawa pengantaraan semakin mendapat pengiktirafan.

    “Mahkamah akan sentiasa mengalu-alukan pengantaraan pada prosiding terawal, dan saya memuji sumbangan Brunei Darussalam Arbitration Centre (BDAC) kepada ekosistem perundangan, mempromosikan pengantaraan sebagai wadah untuk menyelesaikan konflik,” tekannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...