Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Presiden pertama Moldova meninggal dunia

    CHISINAU, 14 SEPT – Presiden Moldova, Maia Sandu hari ini mengisytiharkan 16 September sebagai hari berkabung  bagi memperingati presiden pertama negara itu, Mircea Snegur yang meninggal dunia semalam pada usia 83 tahun, lapor Sputnik.

    Snegur meninggal dunia pada Rabu malam kerana penyakit yang tidak dapat disembuhkan.

    “Dengan dukacita yang mendalam saya mendapat tahu bahawa Mircea Snegur, presiden pertama Moldova, meninggal dunia malam tadi. 16 September akan diisytiharkan sebagai hari berkabung nasional kerana upacara pengebumian dengan penghormatan negara akan berlangsung,” tulis Sandu di media sosial, selain mengucapkan takziah kepada rakan dan keluarga bekas presiden itu.

    Beliau juga berkata Snegur telah hidup dalam zaman bersejarah dan telah memberikan sumbangan besar kepada kemerdekaan dan kedaulatan Moldova.

    Snegur menjadi presiden pertama Moldova pada 1990 dan kekal memegang jawatan sehingga Disember 1996. 

    Sebelum itu, beliau pernah memegang pelbagai jawatan tinggi dalam pentadbiran Soviet Moldova. 

    Sebagai presiden, Snegur tidak menyokong idea penyatuan segera dengan Romania, memilih kesatuan politik dan menggemari penghapusan autonomi Transnistria, yang menyumbang kepada konflik di rantau berkenaan. – Bernama

    Sandu mengisytiharkan 16 September sebagai hari berkabung. – Radio Moldova

     

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Naubat sempurna dibuka semula

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Pembukaan semula Naubat...

    900 pesakit meninggal dunia akibat pemindahan perubatan lewat di Gaza

    GAZA, 17 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata...

    Catherine Connolly angkat sumpah sebagai presiden baharu Ireland

    LONDON, 12 NOV – Catherine Connolly mengangkat sumpah kelmarin...

    Semua anak Trump boleh jadi presiden

    MOSCOW, 12 NOV - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...