Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Peru bina semula infrastruktur akibat banjir

    LIMA, 18 April – Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski berjanji semalam akan membina semula infrastruktur yang terjejas oleh banjir dan runtuhan tanah baru-baru ini, berjanji akan membolehkannya bertahan selama 100 tahun.

    “Kami telah membina dengan betul. Kami perlu mempunyai jambatan yang kukuh, jalan raya dengan konkrit dan asfalt yang mencukupi, paip yang akan membenarkan air mengalir selama 100 tahun,” kata Kuczynski ketika stau lawatan ke utara rantau La Libertad, yang terjejas teruk oleh bencana semula jadi bersama 10 rantau lain.

    Presiden berjanji kerajaannya, yang telah berkuasa selama sembilan bulan, akan mengatasi kesemua pembinaan yang diperlukan dan membawa perubahan dalam kualiti infrastruktur di negara.

    “Pembinaan semula dengan perubahan disebabkan kami tidak boleh mengekal keadaan,” jelas Kuczynski, mengenang semula pembinaan tidak berkualiti sebelum ini yang membawa kepada keruntuhan jambatan, lebuh raya, pusat kesihatan dan sekolah.

    Presiden berkata kerajaannya tidak akan mengamal dasar berat sebelah seperti sebelumnya.

    Gambar fail pada 17 Mac 2017 menunjukkan seorang penduduk melalui sebuah kawasan banjir di timur daerah Huachipa Lima. Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski berjanji semalam akan membina semula infrastruktur yang terjejas oleh banjir dan runtuhan tanah baru-baru ini, berjanji akan membolehkannya bertahan selama 100 tahun. – AFP
    Gambar fail pada 17 Mac 2017 menunjukkan seorang penduduk melalui sebuah kawasan banjir di timur daerah Huachipa Lima. Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski berjanji semalam akan membina semula infrastruktur yang terjejas oleh banjir dan runtuhan tanah baru-baru ini, berjanji akan membolehkannya bertahan selama 100 tahun. – AFP

    “Rakyat Peru tidak mahu dasar tanpa keputusan atau kejayaan,” kata beliau.

    Beliau menambah jumlah kos pembinaan semula harus mencecah 3 bilion dolar dalam jangka pendek dan meningkat kepada 9 bilion dolar dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Peru baru-baru ini memulakan penilaian penuh kerosakan bahan dan kos pembinaan semula kesemua infrastruktur yang terjejas oleh banjir dan runtuhan tanah di 11 rantau.

    Pusat Operasi Kecemasan Negara berkata bencana berkenaan, dicetuskan oleh fenomena cuaca El Nino, telah merosakkan 210,000 bangunan, jalan raya sepanjang 5,796 km dan merobohkan 258 jambatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda