Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Presiden Peru isytihar darurat

    LIMA, 12 DIS – Presiden baharu Peru, Dina Boluarte, mengumumkan beliau akan mengusulkan supaya pilihan raya diadakan dua tahun lebih awal daripada penggal yang sepatutnya berakhir pada 2026, selain mengisytiharkan darurat di kawasan tertentu selepas tunjuk perasaan tercetus sehingga mengakibatkan dua maut susulan penahanan penyandang terdahulu jawatan itu.

    Penunjuk perasaan di seluruh negara, khususnya di bandar Andes dan utara, telah menuntut pilihan raya umum (PRU) diadakan serta pembebasan bekas Presiden, Pedro Castillo yang disingkirkan pada Rabu lalu kerana cuba membubarkan Kongres dan memerintah secara dekri.

    “Setelah mentafsir kehendak rakyat, saya memutuskan untuk mengambil inisiatif ke arah mencapai persetujuan dengan Kongres republik ini supaya PRU diadakan lebih awal, iaitu pada April 2024,” kata Boluarte dalam ucapan disiarkan di televisyen.

    Sambil memaklumkan rang undang-undang bagi mengawalkan tarikh PRU daripada 2026 itu akan dikemukakan dalam masa beberapa hari lagi, beliau menegaskan bahawa dengan sentimen patriotik sama, darurat turut diisytiharkan di beberapa kawasan mengalami konflik sosial yang tinggi bertujuan mengembalikan keamanan.

    Kelmarin, Boluarte memperkenalkan Kabinet baharu pimpinannya yang dibarisi profil teknokrat dan bebas, termasuk lapan wanita, selain menamakan bekas Pendakwa Raya, Pedro Angulo sebagai Perdana Menteri. Penunjuk perasaan juga mengadakan bantahan semalam di bandar serata negara, termasuk Cajamarca, Arequipa, Huancayo, Cusco dan Puno, bagi menuntut pembebasan Castillo.

    Menurut pihak berkuasa, pertempuran baharu tercetus antara penunjuk perasaan dengan polis di Andahuaylas di wilayah Apurimac menyebabkan dua maut dan sekurang-kurang lima lagi cedera, termasuk seorang anggota polis, ketika peserta demonstrasi cuba menyerbu lapangan terbang di bandar itu.

    “Saya menggesa orang ramai untuk kekal bertenang,” kata Menteri Dalam Negeri, Cesar Cervantes ketika mengumumkan kes kematian kedua sejurus polis mengesahkan korban pertama membabitkan seorang remaja. – AFP

    Penyokong bekas Presiden, Pedro Castillo bertempur dengan polis semasa tunjuk perasaan di Lima pada 11 Disember 2022. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    37 maut dalam kemalangan jalan raya di selatan Peru

    LIMA, 13 NOV - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan...

    Peru umum Presiden Mexico Claudia Sheinbaum sebagai persona non grata

    MEXICO CITY, 7 NOV - Kongres Peru mengundi untuk...

    Peru putuskan hubungan dengan Mexico

    LIMA, 4 NOV – Kerajaan Peru kelmarin mengumumkan bahawa...

    New York isytihar darurat menjelang penggantungan bantuan makanan

    NEW YORK, 31 OKT - New York kelmarin mengisytiharkan...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...