Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Presiden Poland disahkan positif COVID-19

    WARSAW, POLAND, 5 JAN – Presiden Poland, Andrzej Duda telah diuji positif COVID-19 dan menjalani pengasingan diri, kata ketua kakitangannya, Pawel Szrot hari ini.

    “Presiden baik-baik sahaja, tidak mempunyai gejala yang teruk dan menerima rawatan perubatan berterusan,” kata Szrot dalam laman sosial Twitter.

    Szrot berkata presiden telah menerima tiga dos vaksin COVID-19 pada April, Jun dan Disember tahun lalu.

    Kementerian Kesihatan Poland hari ini melaporkan peningkatan harian sebanyak 17,196 kes dan 632 kematian berkaitan COVID-19.

    Poland mempunyai salah satu kadar vaksinasi terendah di Eropah – sekitar 63 peratus daripada populasi dewasa – dan salah satu daripada kadar kematian tertinggi tetapi terdapat beberapa sekatan atau keperluan vaksin yang ditetapkan.

    Menteri Kesihatan, Adam Niedzielski juga memberi amaran bahawa dia menjangkakan lonjakan kes tertinggi pada bulan Januari dan berkata kerajaan sedang bersedia untuk berdepan potensi ‘senario malapetaka’.

    “Kami sedang bersiap sedia untuk serangan varian Omicron,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...