Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Presiden Republik Kosovo akhiri Lawatan Negara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Presiden Republik Kosovo, Puan Yang Terutama Datin Laila Utama Dr Vjosa Osmani-Sadriu dan First Gentleman, Prindon Sadriu berserta rombongan berlepas meninggalkan negara ini setelah menamatkan Lawatan Negara selama tiga hari.

    Menurut Pelita Brunei, hadir bagi mengucapkan selamat berlepas kepada Puan Yang Terutama Presiden Republik Kosovo dan First Gentleman di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Menteri Pengiring dan isteri, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

    Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan isteri serta Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan isteri.

    Juga hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan isteri serta Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin dan isteri.

    PYT Datin Laila Utama Dr Vjosa Osmani-Sadriu dan First Gentleman bergambar ramai sebelum meninggalkan Negara Brunei Darussalam. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...