Monday, May 5, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Republik Kosovo mulakan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Presiden Republik Kosovo, Puan Yang Terutama Dr Vjosa Osmani Sadriu, telah selamat tiba di Brunei Darussalam semalam bagi mengadakan lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Mei.

    Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, PYT Dr Vjosa Osmani Sadriu telah disambut oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Menteri Pengiring.

    Turut hadir ialah para menteri kabinet serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

    PYT Presiden Republik Kosovo, esok dijadualkan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Majlis Sambutan Negara yang diadakan di Istana Nurul Iman.

    Majlis tersebut akan disusuli dengan sesi menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

    Sepanjang lawatan rasmi sulung beliau ke negara ini, PYT Dr Vjosa Osmani Sadriu dijangka mengunjungi beberapa mercu tanda utama negara, termasuk Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Muzium Alat Kebesaran Diraja serta Kampong Ayer.

    PYT Presiden Republik Kosovo dan delegasi dijadualkan berlepas meninggalkan Brunei Darussalam pada petang 6 Mei nanti.

    PYT Presiden Republik Kosovo ketika tiba di negara ini bagi lawatan rasmi. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Presiden Republik Kosovo disambut oleh menteri pengiring. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja