
MOSCOW, 26 Dis – Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko yang dijatuhkan larangan seumur hidup oleh Sukan Olimpik susulan doping berkata beliau menggantung peranannya sebagai Presiden Kesatuan Bolasepak Rusia (RFU), semalam.
Mutko berkata, beliau mengambil tindakan berkenaan kerana ingin mencabar keputusan larangan itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
“Saya sudah memutuskan untuk memfailkan tuntutan kepada CAS, esok,” kata Mutko kepada wartawan selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Eksekutif RFU, semalam.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn