Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Rusia gesa rundingan baharu

    MOSCOW, 5 OGOS – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan rundingan senjata yang baharu selepas kegagalan pakatan nuklear Perang Dingin antara dua kuasa dunia itu.

    “Untuk mengelak huru-hara yang tiada peraturan, had dan undang-undang, seseorang perlu sekali lagi menimbangkan semua kemungkinan akibat bahaya dan memulakan dialog serius tanpa sebarang kesamaran,” kata Putin dalam satu kenyataan.

    “Kami sedia untuk berbincang.”

    Moscow menyalahkan Washington kerana menamatkan perjanjian Angkatan Nuklear Jarak Sederhana (INF) yang dimeterai pada 1987, ditandatangani semula oleh Presiden AS, Ronald Reagan dan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.

    Persetujuan itu mengehadkan penggunaan peluru berpandu nuklear dan konvensional dengan jarak 500 hingga 5,500km.

    Washington dan NATO menuduh Rusia mencipta peluru berpandu baharu 9M729 yang mereka katakan mencabul perjanjian itu, namun Rusia berkata jaraknya kurang 500km.

    Putin berkata hari ini jika Rusia menerima maklumat mengenai pembangunan baharu peluru berpandu AS, ia ‘akan memaksa untuk memulakan pembangunan skala penuh peluru berpandu serupa’.

    Rusia “tidak akan menghantarnya di rantau berkenaan sehingga peluru berpandu buatan Amerika dihantar ke sana,” kata Putin.

    Kecuali adanya rundingan baharu tentang strategik keselamatan, ‘senario ini bermaksud memulakan semula persaingan senjata yang tidak dikawal,” tambahnya. – AFP

    Vladimir Putin semasa mempengerusikan mesyuarat di luar Moscow pada 5 Ogos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda