Thursday, January 9, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Senat Kemboja mulakan lawatan ke empat negara Islam

    PHNOM PENH, 8 DIS — Presiden Senat Kemboja, Samdech Techo Hun Sen, berlepas hari ini bagi mengadakan lawatan rasmi selama seminggu ke Arab Saudi, Qatar, Turkiye, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 hingga 14 Disember.

    Menurut kenyataan akhbar Senat Kemboja, di Arab Saudi, Hun Sen dijadualkan bertemu dengan Speaker Majlis Perundingan Arab Saudi, Abdullah Bin Mohammed Bin Ibrahim Al-Sheikh, serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud.

    Di Qatar, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Majlis Shura Qatar, Hassan bin Abdulla Al-Ghanim dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani.

    Manakala di Turkiye, beliau dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Speaker Perhimpunan Agung Kebangsaan Turkiye, Numan Kurtulmus, serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

    Di UAE pula, Hun Sen akan bertemu dengan Speaker Majlis Persekutuan UAE, Saqr Ghobash, dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

    “Kunjungan rasmi Samdech Techo Hun Sen ke negara-negara sahabat ini menonjolkan kepentingan diplomasi parlimen,” menurut kenyataan itu. – Xinhua

    Hun Sen (kiri) ketika menyampaikan ucapan semasa pembukaan sesi pleno ke-11 Parlimen Antarabangsa untuk Toleransi dan Keamanan (IPTP) di Phnom Penh, Kemboja, pada 24 November. — Foto AP/Heng Sinith
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda