BELGRADE, 4 MEI – Presiden Serbia, Aleksandar Vucic telah dimasukkan ke hospital di Belgrade kelmarin dan terpaksa memendekkan lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat (AS) akibat masalah kesihatan, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Menurut kenyataan daripada pejabat Presiden, sebaik tiba di Belgrade, beliau telah dibawa ke Akademi Perubatan Ketenteraan (VMA).
Presiden Vucic dilaporkan mula mengalami masalah kesihatan pada petang Jumaat waktu tempatan, selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Kongres AS, Claudia Tenney, bekas Gabenor Illinois, Rod Blagojevich dan beberapa wakil perniagaan Serbia-Amerika.
Pejabat Presiden memberitahu maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatannya dan akan diumumkan dalam beberapa hari yang akan datang. – Bernama
