Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    Presiden S’pura adakan lawatan negara ke M’sia

    PUTRAJAYA, 19 MAC – Presiden Singapura, Halimah Yacob akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia dari 20 hingga 22 Mac.

    Ia adalah lawatan negara pertama Presiden Republik Singapura ke Malaysia sejak 2013.

    Halimah akan diiringi suami, Mohamed Abdullah Alhabsee.

    Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sambutan negara kepada Halimah di Istana Negara pada 21 Mac.

    Selepas itu, beliau akan mengadap Al-Sultan Abdullah dan menghadiri Majlis Santapan Negara.

    Halimah turut diiringi delegasi yang terdiri daripada Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan dan Hal Ehwal Luar, Dr. Mohamad Maliki Osman, Menteri Negara bagi Perdagangan dan Industri, Low Yen Ling dan pegawai kanan kerajaan Singapura.

    Semasa lawatan itu, Halimah juga dijadualkan menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

    Menurut kenyataan itu, lawatan berkenaan akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama pelbagai bidang di antara kedua-dua negara. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob di Singapura pada 30 Januari lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -