Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Sri Lanka lantik ketua bank pusat baharu

    COLOMBO, 8 APRIL – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa telah melantik ketua bank pusat baharu ketika negara itu berdepan krisis ekonomi dan bantahan besar-besaran menuntut peletakan jawatannya, menurut kenyataan Jabatan Media Presiden yang dikeluarkan hari ini.

    Nandalal Weerasinghe dilantik sebagai gabenor bank pusat baharu Sri Lanka, susulan peletakan jawatan Ajith Nivard Cabraal awal minggu ini.

    Menurut kenyataan tersebut, Weerasinghe mempunyai pengalaman luas dalam sektor kewangan dan berkhidmat dalam beberapa jawatan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan bank pusat Sri Lanka.

    Presiden menyerahkan surat pelantikan pada malam kelmarin dan Weerasinghe memulakan tugas pada pagi ini. – Xinhua

    Graduan Sri Lanka bertempur dengan polis semasa satu protes menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa di parlimen, Colombo, Sri Lanka. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda