Wednesday, April 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Syria lawat UAE

    BEIRUT, 14 APRIL – Presiden Syria, Ahmad al-Sharaa, mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad, di tengah-tengah pendekatan berhati-hati oleh kepimpinan UAE terhadap pentadbiran baharu di Damsyik susulan kejatuhan bekas Presiden Bashar al-Assad dalam serangan kilat oleh kumpulan pemberontak kira-kira empat bulan lalu.

    Agensi Berita Rasmi UAE, WAM, melaporkan Presiden UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, telah bertemu dengan Sharaa di Abu Dhabi dan mengucapkan “selamat maju jaya dalam usaha beliau memimpin Syria melalui tempoh mendatang serta merealisasikan harapan rakyat Syria terhadap pembangunan, keselamatan dan kestabilan.”

    Kenyataan itu turut menyebutkan, “kedua-dua pemimpin membincangkan beberapa isu yang menjadi kepentingan bersama dan bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau serta antarabangsa.”

    Seperti banyak negara Arab lain, UAE memutuskan hubungan dengan kerajaan Assad selepas tindakan kerasnya terhadap protes anti-kerajaan pada 2011 yang mencetuskan perang saudara.

    Pemerintah baharu Syria kini giat berusaha untuk mengukuhkan hubungan serantau dalam usaha membina semula ekonomi dan infrastruktur negara yang telah lumpuh selepas hampir 14 tahun dilanda peperangan. – AP

    Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan (kanan) dan Presiden Ahmad al-Sharaa di Abu Dhabi, pada 13 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda