Thursday, April 17, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Syria mempengerusi mesyuarat kabinet baharu

    DAMSYIK/ISTANBUL, 8 APRIL – Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa kelmarin telah mempengerusikan mesyuarat pertama kerajaan baharu negara itu di ibu negara, Damsyik, menurut kenyataan rasmi, lapor agensi Anadolu (AA).

    “Presiden Ahmed al-Sharaa mempengerusikan mesyuarat pertama kerajaan untuk membincangkan keutamaan tugasan kerajaan bagi fasa seterusnya,” menurut kenyataan itu menerusi hantaran di platform X.

    Pada 29 Mac lepas, Sharaa mengumumkan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 23 menteri, termasuk seorang wanita.

    Lima daripada mereka sebelum ini pernah berkhidmat dalam kerajaan peralihan yang dibentuk pada Disember lalu.

    Menurut kenyataan itu kelmarin, Sharaa turut melantik Abdelkader Husrieh sebagai Gabenor Bank Pusat Syria. Sharaa turut mengetuai pasukan antiregim dalam usaha menyingkirkan Bashar al-Assad, lalu diisytiharkan sebagai presiden bagi tempoh peralihan pada 29 Januari lalu. – Bernama

    Ahmed al-Sharaa (kanan) mesyuarat bersama Sheikh Osama al-Rifai, pada 29 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda