Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Trump dan isteri lawat zon banjir Texas

    WASHINGTON, 11 JULAI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadualkan melawat kawasan bencana banjir di Texas bersama Wanita Pertama Melania hari ini, seminggu selepas banjir kilat yang telah meragut lebih 100 nyawa, umum Rumah Putih kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pasangan itu dijangka tiba di Kerrville, kira-kira 162 kilometer barat Austin pada tengah hari. Kawasan sekitar Daerah Kerr merupakan antara yang paling teruk terjejas akibat banjir berkenaan.

    Media AS melaporkan sekurang-kurangnya 119 orang maut dalam bencana banjir kilat di tengah Texas yang bermula pada awal 4 Julai, iaitu pada cuti Hari Kemerdekaan AS.

    Di Daerah Kerr sahaja, Syerif Larry Leitha kelmarin mengesahkan sekurang-kurangnya 95 kematian, termasuk 36 kanak-kanak. Lebih 160 orang masih dilaporkan hilang di wilayah itu. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda