Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Presiden Tunisia pecat 57 hakim

    TUNISIA, 2 JUN – Presiden Tunisia Kais Saied memecat berpuluh-puluh hakim dan menuduh mereka melakukan rasuah serta melindungi pengganas, lapor agensi Anadolu kelmarin.

    Bercakap semasa mesyuarat kabinet kelmarin, Saied berkata keputusannya itu dibuat kerana mendapati hakim-hakim itu mengganggu siasatan kes pengganas, melindungi suspek pengganas, dan rasuah kewangan.

    Sejurus selepas mesyuarat kabinet itu, dekri presiden yang dikeluarkan mengumumkan pemecatan 57 hakim.

    Antara yang dipecat ialah bekas Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi Youssef Bouzaker dan Bachir Akremi. Penyokong Saied mendakwa kedua-dua hakim itu mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan Parti Ennahda.

    Tunisia mengalami krisis politik sejak 25 Julai 2021, apabila Saied memecat kerajaan, menggantung parlimen, dan mengambil alih kuasa eksekutif, satu tindakan yang dikritik pihak lawan dan disifatkan sebagai suatu rampasan kuasa.

    Beliau kemudian membubarkan parlimen pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen mengadakan sesi untuk membatalkan langkahnya itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -