ISTANBUL, 31 Dis – Presiden Recep Tayyip Erdogan kelmarin berikrar bahawa negaranya akan terus memusnahkan pengganas sebagaimana yang dilakukan oleh Ankara pada masa lalu, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu.
“Kami telah memasuki tempat persembunyian pengganas, memusnahkannya dan akan terus memusnahkan mereka,” kata Erdogan merujuk kepada operasi pencegahan keganasan Ankara baru-baru ini di Turki dan di barat laut Syria.
Erdogan berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat parti pemerintah pimpinan beliau iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan di Istanbul.
Sejak dua tahun lepas, Turki telah berjaya melakukan dua operasi pencegahan pengganas di Syria bagi membasmi kehadiran pengganas YPG/PKK dan Daesh berhampiran sempadan Turki, manakala operasi ketiga dijangka dijalankan di timur Sungai Eufrat. – Bernama