Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Turkiye bertemu PM Pakistan

    ISLAMABAD/ISTANBUL, 13 FEB – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif di Islamabad hari ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Erdogan, yang tiba di Islamabad untuk lawatan rasmi, mengadakan perbincangan dengan Sharif di Pejabat Perdana Menteri dalam satu mesyuarat tertutup.

    Beberapa pegawai kanan Turkiye turut mengiringi Erdogan termasuk Menteri Luar Hakan Fidan; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Alparslan Bayraktar; Menteri Pertahanan Nasional, Yasar Guler; Menteri Industri dan Teknologi, Mehmet Fatih Kacir; Menteri Pertanian dan Perhutanan, Ibrahim Yumakli; Menteri Perdagangan, Omer Bolat; serta Pengarah Komunikasi, Fahrettin Altun. – Bernama

    Erdogan (kiri), bersama Sharif kanan semasa majlis alu-aluan, di Islamabad, Pakistan pada 13 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda