Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Presiden UAE dijangka lawat Putin di Moscow

    ABU DHABI, 10 OKT – Presiden Emiriah Arab Bersatu akan melawat rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin, esok, lapor media kerajaan, salah seorang daripada segelintir pemimpin yang melakukan perjalanan ke Moscow sejak perang Ukraine bermula.

    Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan akan berbincang dengan Presiden Putin mengenai hubungan mesra antara UAE dan Rusia selain beberapa isu serantau dan antarabangsa serta perkembangan kepentingan bersama,” kata agensi berita negara UAE, WAM hari ini.

    Lawatan itu muncul beberapa hari selepas kartel minyak OPEC pimpinan Arab Saudi dan sekutunya termasuk Rusia, yang dikenali sebagai OPEC+, memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak dalam usaha menaikkan harga, walaupun terdapat rayuan daripada Amerika Syarikat untuk meningkatkan pengeluaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...