Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden UAE lantik naib presiden baharu

    MOSCOW, 30 MAC – Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin melantik naib presiden baharu, dua timbalan pemerintah dan seorang putera mahkota untuk Abu Dhabi.

    Presiden negara itu, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan melantik abangnya, Mansour Bin Zayed Al Nahyan, yang berkhidmat sebagai naib perdana menteri, sebagai naib presiden manakala anaknya, Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan dilantik sebagai putera mahkota ibu kota Emiriah Abu Dhabi, lapor Sputnik memetik laporan agensi Berita Emirates (WAM) kelmarin.

    Menurut laporan itu, saudara lelaki presiden, Hazza bin Zayed dan Tahnoun bin Zayed, pula masing-masing dilantik sebagai timbalan pemerintah Abu Dhabi. – Bernama

    Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, melantik anak sulungnya Khaled sebagai putera mahkota Abu Dhabi pada hari Rabu 29 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda