Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Vietnam baharu angkat sumpah

    HANOI, 23 Okt – Setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPVCC), Nguyen Phu Trong telah dilantik menjadi presiden Vietnam dalam Perhimpunan Agung Vietnam ke-14 sesi keenam yang berlangsung hari ini, badan perundangan tertinggi negara itu, menurut laporan Agensi Berita Vietnam.

    Selepas dilantik menjadi presiden, petang hari ini Trong mengangkat sumpah yang telah disiarkan secara langsung oleh televisyen kebangsaan Vietnam VTV dan Voice of Vietnam.

    Menurut Trong, beliau gembira dan risau. “Saya merasa gembira kerana saya telah dipercayai dan dipilih oleh Perhimpunan Agung dan diberikan tugas. Saya bimbang mengenai cara untuk melaksanakan tugas yang besar demi negara,” katanya apabila mengangkat sumpah.

    Trong, lahir pada 1944, memegang ijazah PhD dalam politik dengan bidang yang khusus pembinaan parti. Beliau telah menjadi ahli Biro Politik CPVCC sejak 1997. Beliau berkhidmat sebagai pengerusi Perhimpunan Agung dari 2006 hingga 2011.

    Trong telah dilantik menjadi setiausaha agung CPVCC pada 2011 dan dilantik semula menjadi setiausaha agung pada 2016.

    Sementara itu, Vietnam telah menyaksikan pembanterasan rasuah dan penentangan dengan sejumlah besar pegawai-pegawai tertinggi dan eksekutif telah dipenjara sejak 2016 di bawah pemerhatian Trong.

    Kempen anti-rasuah akan diteruskan, menurut Le Hong Hiep, seorang pengkaji Institut ISEAS-Yusof Ishak berpangkalan di Singapura.

    “Dengan kuasa gabungan itu, berkemungkinan besar beliau akan meneruskan kempen anti-rasuah, kunci utama yang membantunya untuk mengukuhkan kuasa dan memenangi jawatan presiden,” kata Hiep.

    Pada 23 September, dua hari selepas mantan presiden Vietnam Tran Dai Quang meninggal dunia, Timbalan Presiden Dang Thi Ngoc Thinh menjadi pemangku presiden. – Xinhua/AP

    Nguyen Phu Trong mengangkat sumpah sebagai presiden semasa Perhimpunan Agung di Hanoi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda