Friday, November 22, 2024
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden WFM optimis wushu sumbang emas Sukan SEA 2025

    SEREMBAN, 21 NOV – Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) konsisten bagi memastikan sukan berkenaan menyumbang sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand, kata Presidennya, Datuk Chong Kim Fatt.

    Chong berkata pihaknya optimis sasaran itu mampu dicapai berdasarkan persiapan rapi atlet yang telah dilakukan sejak bulan lepas, selain pemilihan atlet ke temasya sukan berkenaan sudah selesai didrafkan.

    “Untuk Sukan SEA, kita masih sasarkan satu emas, dulu di Kemboja (Sukan SEA) dan Vietnam ada 21 acara, sekarang dikurangkan kepada 14 atau 15 acara. Sedikit kelam kabut kerana Thailand menukar kepada format baharu.

    “Bagaimanapun, saya akan keluarkan surat kepada IOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) untuk memohon Thailand guna format lama, kerana format baharu akan menyusahkan atlet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengurniaan Sijil Pencapaian Ahli Pasukan Wushu Negeri Sembilan di sini semalam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda