Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Xi terima kunjungan Blinken

    BEIJING, 20 JUN – Dunia memerlukan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang stabil pada keseluruhannya, kata Presiden China Xi Jinping.

    Ketika menerima kunjungan Setiausaha Negara AS Antony Blinken kelmarin, beliau menyatakan sama ada kedua-dua negara mampu menemui cara pergaulan yang tepat berkait rapat dengan masa depan seluruh manusia.

    Menurut Xi, masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat konflik dan konfrontasi antara China dengan AS ataupun pilih kasih antara kedua-dua negara, sebaliknya berharap dua kuasa besar itu dapat wujud  bersama secara aman dan bekerjasama secara muhibah.

    Tambah beliau, persaingan antara negara kuasa besar tidak selaras dengan arus sezaman, selain tidak mampu menyelesaikan masalah AS sendiri serta cabaran yang dihadapi dunia.

    “China menghormati kepentingan AS dan tidak akan mencabar atau menggantikan AS.

    Gambar AP

    “Sementara itu, AS juga perlu menghormati China dan tidak boleh menjejaskan hak dan kepentingan sah China,” kata Xi.

    Beliau turut berharap agar AS dapat mengambil sikap yang rasional dan pragmatik serta berusaha sehaluan dengan China ke arah memantapkan hubungan dua hala.

    Xi berkata kedua-dua pihak perlu kekal komited terhadap konsensus yang dicapai beliau dengan Presiden Joe Biden di Bali, dan menterjemahkan kesepakatan berkenaan dalam bentuk tindakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda