ADEN (YAMAN), 30 OGOS – Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi, pada Khamis menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan sidang khas berhubung serangan udara dilancarkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terhadap tentera negara itu, lapor agensi berita Xinhua.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dibacakan bagi pihaknya, disiarkan rangkaian televisyen tempatan.
Selain itu, beliau turut menuduh UAE menyokong Majlis Peralihan Selatan (STC) yang melancarkan serangan terhadap pasukan kerajaan di bahagian selatan negara itu.
Presiden Hadi mengulangi gesaannya supaya Arab Saudi campur tangan bagi menghentikan tindakan UAE yang “menyokong kumpulan militia melancarkan serangan udara terhadap tentera Yaman.” – Bernama