Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prestasi baik dalam indeks persaingan global

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Negara Brunei Darussalam menunjukkan prestasi baik dalam persaingan modal intelektual, berada pada kedudukan ke-46, persaingan modal alam semula jadi di tempat ke-51 dan persaingan modal sosial di kedudukan ke-66, menurut indeks persaingan mapan global dikompilasikan oleh SolAbility Sustainable Intelligence, baru-baru ini yang berpangkalan di Switzerland dan Korea Selatan.

    Namun lebih banyak perlu dilakukan dalam persaingan intensiti sumber yang meletakkan negara di kedudukan 114 dan persaingan keberkesanan pentadbiran di kedudukan 137.

    Walau bagaimanapun, secara keseluruhan negara ini di kedudukan ke-65 daripada 180 ekonomi dunia. Dengan skor keseluruhan 45.5 pada skala 100, Negara Brunei Darussalam di kedudukan pertengahan rantau ini berbanding Singapura (41), Malaysia (55), Indonesia (66) dan Laos (70).

    Ranking tersebut mengukur keupayaan semasa dan masa depan untuk menjana dan mengekalkan pendapatan populasi dan kekayaan berdasarkan modal alam semula jadi, modal sosial, pengurusan sumber, modal intelektual dan keberkesanan pentadbiran. Dalam Indeks Kemapanan Persaingan Global 2019, negara Scandinavia, Sweden mengungguli kedudukan teratas bagi empat tahun berturut-turut. Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) dan ukuran ekonomi lainnya bagaimanapun tidak mencerminkan sepenuhnya kemajuan dan potensi masa depan sesebuah negara.

    Indeks Kemapanan Persaingan Global ini terdiri daripada 116 petunjuk prestasi kuantitatif dalam lima bidang yang membentuk persaingan kebangsaan di bawah modal alami, intensiti sumber, modal intelektual, kesepaduan sosial dan pentadbiran.

    Selain negara-negara Scandivania, ranking tertinggi lain turut dikuasai oleh negara-negara Eropah Utara, termasuk negara-negara Baltik. Negara-negara bukan Eropah dalam senarai 20 teratas adalah New Zealand (12), Kanada (19) diikuti Jepun (25) dan Korea Selatan (27).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda