Prestasi berdasarkan senioriti adalah isu yang masih hangat di Brunei. Di dalam sistem kerja yang berlandaskan keutamaan kepada yang lebih tua, prestasi sebenarnya bukanlah penentu utama dalam menilai pencapaian seseorang.
Sebaliknya, senioriti menjadi faktor penting yang diutamakan, tidak kira betapa produktif atau berbakat seseorang itu.
Ini tentu saja mencipta persekitaran di mana individu yang lebih muda dan berbakat terpaksa bergantung kepada pengalaman dan usia untuk mendapatkan pengiktirafan.
Ini bukan hanya tidak adil, tetapi juga menghambat pembangunan potensi individu serta kemajuan organisasi secara keseluruhan.
Penulis mencadangkan agar pihak tertentu yang mengamalkan sistem prestasi berdasarkan senioriti boleh dilakukan dengan cara menyelidik dan menyoroti kesan negatif yang dihasilkan oleh sistem ini.
Misalnya, adalah penting bagi menunjukkan bagaimana individu yang lebih muda dan berbakat terpinggir dalam peluang kerjaya dan pembangunan profesional mereka disebabkan sistem ini.
Kita juga boleh menyoroti contoh-contoh di mana individu yang kurang berkemahiran tetapi lebih tua mendapat keutamaan melebihi individu yang lebih muda tetapi lebih berbakat. Ini menunjukkan betapa tidak rasionalnya mengutamakan senioriti berbanding dengan prestasi sebenar.
Oleh itu, penting bagi pihak berkuasa di Brunei untuk mengubah sikap dan amalan mereka dalam menilai prestasi pekerja. Sistem yang adil dan merit akan membantu memaksimumkan potensi individu serta menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhan.
Iqbal







