Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prestasi pengurusan kewangan Sabah sangat baik

    KOTA KINABALU, 31 Julai – Prestasi pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 31 kementerian, jabatan dan agensi negeri Sabah pada keseluruhannya adalah ‘Sangat Baik’, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1.

    Laporan itu menyebut, daripada 31 kementerian, jabatan dan agensi negeri Sabah yang diaudit, 22 mendapat penarafan Cemerlang, enam jabatan/ agensi berada pada tahap Baik manakala tiga jabatan dan agensi diberi penarafan Memuaskan.

    “Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bukan sahaja dapat mengekalkan tahap pengurusan kewangan yang cemerlang dengan mendapat penarafan lima bintang tetapi juga markah yang diperoleh meningkat dengan ketara,” menurut laporan audit berkenaan yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

    Laporan itu menyebut bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah buat julung kalinya mencapai tahap pengurusan kewangan Cemerlang berbanding sebelum ini yang hanya di tahap Memuaskan.

    Bagaimanapun, kedudukan tahap pengurusan kewangan Majlis Ugama Islam Sabah telah menurun daripada kedudukan Baik pada tahun 2015 kepada kedudukan Memuaskan pada tahun 2016.

    Sementara itu, laporan audit berkenaan juga menyebut bahawa Jabatan Audit Negara Negeri Sabah yang menjalankan pengauditan secara mengejut pada tahun 2016 ke atas 32 jabatan, pejabat dan agensi kerajaan negeri menemui beberapa kelemahan pada jabatan, pejabat dan agensi kerajaan negeri yang diaudit.

    Antara kelemahan itu termasuk kegagalan mempamerkan notis pemberitahuan awam untuk mendapatkan resit rasmi setelah wang dibayar; tiada surat perwakilan kuasa secara bertulis; tiada peti besi/bilik kebal untuk menyimpan wang kutipan dan barang rasmi yang berharga dengan selamat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda