Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prestasi Spurs semakin memburuk

    LONDON, 6 DIS – Ange Postecoglou mengkritik prestasi buruk Tottenham selepas tewas mengejut 1-0 di tangan Bournemouth, kelmarin.

    Dean Huijsen, pemain pertahanan berusia 19 tahun yang berpindah dari Juventus musim panas lalu, menjaringkan gol pada separuh masa pertama menyerlahkan kelemahan pertahanan Tottenham.

    Bournemouth, yang dikendalikan oleh Andoni Iraola, mendominasi perlawanan dengan beberapa peluang terlepas untuk menambah jaringan.

    Kekalahan itu menambah tekanan ke atas Postecoglou, selepas keputusan mengecewakan 1-1 menentang Fulham minggu lalu.

    Tottenham kini hanya mencatat satu kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka.

    “Ia tidak cukup bagus. Sekali lagi kami memulakan permainan dengan baik, tetapi kemudian melepaskan gol yang sangat buruk,” kata Postecoglou.

    Beliau meluahkan kekecewaannya terhadap kelemahan pasukan untuk mengawal permainan dan cenderung melakukan kesilapan yang merugikan diri sendiri.

    Kritikan terhadap taktik serangannya semakin meningkat, terutama selepas prestasi buruk itu.

    Tottenham kini berada di kedudukan ke-10, enam mata di belakang empat pasukan teratas, menjelang pertemuan dengan Chelsea hujung minggu ini. – AFP

    Dean Huijsen dari Bournemouth menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Bournemouth, England, pada 5 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda