Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prigozhin ‘berkemungkinan tinggi’ maut, namun tiada bukti pasti

    LONDON, 25 OGOS – Perisik Britain telah memberi pandangan mengenai senario melibatkan ketua kumpulan tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin yang dipercayai maut dalam nahas sebuah pesawat Rabu lalu.

    “Belum ada bukti kukuh Prigozhin berada dalam jet dan beliau diketahui mengamalkan langkah keselamatan yang luar biasa. Bagaimanapun kemungkinan besar beliau memang sudah meninggal dunia,” agensi berita Jerman (dpa) memetik Kementerian Pertahanan Britain sebagai berkata dalam catatan hariannya mengenai perang di platform X, dahulunya Twitter.

    Kematian Prigozhin akan memberi ‘kesan yang sangat teruk’ kepada pasukan tentera swasta Wagner, menurut kenyataan hari ini.

    Kementerian Pertahanan menerbitkan kemas kini mengenai perang setiap hari sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022.

    Moscow menuduh London melakukan kempen penyebaran maklumat palsu.

    Presiden Rusia, Vladimir Putin secara tidak langsung mengesahkan kematian Prigozhin kelmarin.

    Dalam ucapan penghormatan yang jelas kepada bekas orang kepercayaannya yang rapat – yang pejuangnya memainkan peranan penting dalam pertempuran di Ukraine – Putin menyifatkan Prigozhin sebagai ‘lelaki berbakat’, lapor agensi berita Rusia tetapi berkata beliau telah membuat ‘kesilapan serius’.

    Pada Jun, Prigozhin mengetuai tenteranya dalam pemberontakan singkat terhadap pasukan pertahanan di Moscow. – Bernama

    Seorang wanita memberikan penghormatan terakhir kepada Yevgeny Prigozhin dan Dmitri Utkin yang dipercayai maut dalam nahas sebuah pesawat Rabu lalu.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda