Oleh Siti Nur Wasimah S. DASAR Belia Negara, mendefinisikan belia adalah golongan individu yang berusia di antara 15 hingga 40 tahun, dan menurut statistik dari Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) pada tahun 2015, kira-kira 184,600 orang adalah terdiri di dalam kategori tersebut atau meliputi kira-kira 44 peratus dari penduduk di Negara Brunei Darussalam.