Monday, July 21, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prilly Latuconsina syak hidap penyakit OCD

    Sentiasa ingin melihat barang tersusun rapi, pelakon Prilly Latuconsina memberitahu dia kemungkinan menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD).

    Memetik laporan Liputan6, Prilly berkata dia bagaimanapun tidak pernah bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan penyakit tersebut.

    Biarpun OCD merupakan satu penyakit, namun Prilly menganggap ia memberi kelebihan kerana barangnya sentiasa tersusun kemas.

    “Saya tak pernah buat pemeriksaan doktor. Tapi saya sendiri yang berasakan diri ada penyakit itu.

    “Kalau ada barang saya tak tersusun, saya akan rasa tak tenang. Contoh, pintu almari senget, saya akan minta pembantu untuk betulkan.

    “Disebabkan itu juga, barang-barang saya sentiasa tersusun. Saya menjaga barang saya dengan teliti,” katanya. – Agensi

    Prilly Latuconsina memberitahu dia kemungkinan menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD). – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda