BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – His Royal Highness The Prince of Wales dan Her Royal Highness The Duchess of Cornwall lewat hari ini berangkat meninggalkan Negara Brunei Darussalam selepas lawatan sehari.
Their Royal Highnesses The Prince of Wales dan The Duchess of Cornwall melintasi Kawalan Statik terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebelum menaiki pesawat khas.
Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua) selaku menteri pengiring, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan datin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, dan datin; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan pengiran datin; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam dan datin serta Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan pengiran datin serta Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay dan isteri.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P2-3-i_031117.jpg)