BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kelmarin berkenan menerima mengadap secara berasingan His Royal Highness The Prince of Wales dan Her Royal Highness The Duchess of Cornwall di Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap His Royal Highness The Prince of Wales yang turut disertai Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay. (Klik di sini untuk berita lanjut)