Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Princess Anne lawat pameran Tenun Pahang Diraja

    LONDON, 12 MEI – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima kunjungan hormat dan menyantuni The Princess Royal Britain, Princess Anne di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, petang Rabu. 

    Menurut hantaran terkini di laman sosial rasmi Istana Negara, Princess Anne yang merupakan puteri tunggal Ratu Elizabeth II, berkenan melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan buat julung kalinya sempena Minggu Kraf London dari 9 hingga 15 Mei.

    Tunku Azizah, yang juga penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, turut berkenan memberi penerangan kepada The Princess Royal mengenai pameran seni kraf tenunan yang menampilkan tenunan hasil kerja tangan penghuni di Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang termasuk busana pilihan pakaian Raja Permaisuri Agong sendiri, serta koleksi rekaan dan tenun peribadi.

    Pameran yang bertemakan ‘Menyulam Harapan’ turut menampilkan fabrik arkib dari Muzium Pahang dan koleksi baju kurung dan samping Riau-Pahang serta penenun yang merupakan bekas penghuni penjara.

    Pameran Tenun Diraja Pahang itu adalah satu daripada dua negara terpilih iaitu Malaysia dan Norway untuk menjayakan Pavilion Negara, yang ditampilkan bagi mengukuhkan festival kraf yang menjadi platform berkongsi perspektif global, dan menyerlahkan perhatian terhadap London sebagai hab antarabangsa untuk mempertemukan pembuat dan kreativiti cemerlang dari seluruh dunia. – Bernama

    Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama The Princess Royal Britain, Princess Anne ketika berangkat ke pameran Tenun Pahang Diraja di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square pada 11 Mei 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...