Pelakon Priyanka Chopra mendedahkan dia tidak gemar mencuci pakaian kerana menganggap kerja itu terlalu rumit.
Priyanka, 42, berkata mesin basuh yang digunakan mempunyai terlalu banyak tetapan sehingga menyukarkan dia membuat pilihan.
“Saya boleh mengosok baju dan melipat tapi tidak mencuci. Bagi saya mencuci pakaian sangat susah, saya sentiasa perlukan orang lain untuk melakukannya.
“Terlalu banyak butang dan pilihan pada mesin basuh ia menyukarkan saya,” katanya memetik People Magazine.
Priyanka turut berkongsi bahawa ibu mentuanya, Denise Jonas, pernah cuba mengajarnya cara membasuh pakaian.
Namun, akhirnya Denise yang mencuci kesemua pakaiannya
Malah, dia juga mengaku pernah menghubungi ibu mentuanya hanya untuk meminta tolong mencuci pakaian miliknya.
“Ibu mentua saya pernah mengajar saya dan akhirnya saya akan menyuruh dia mencuci kesemua pakaian saya.
“Saya pernah hubungi dia semata-mata meminta dia mencuci pakaian saya,” kongsinya.
Untuk rekod, Priyanka dan Nick Jonas berkahwin pada 1 Disember 2018. – Agensi
